Monday, December 27, 2010

RESEARCH AT NEGERI SEMBILAN

 TARIKH:13.10.2010
TEMPAT: NEGERI SEMBILAN,SEREMBAN

# saya & classmate/roomate saya NURAIN telah memilih PPANS(name singkat utk perputakaan n9) utk membuat research ttg library itu..best & mcm mcm service yg di sediakn utk kanak2 & org dewasa..
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan telah ditubuhkan dalam tahun 1974, di bawah Enakmen Perpustakaan Awam Negeri Bil. 6 Tahun 1974 dan dikuatkuasakan pada tahun 1978. PPANS ditadbir oleh sebuah Ahli Lembaga Pengarah yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus seperti yang termaktub di dalam Enakmen.

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan telah berkembang dengan pesat dan sehingga kini mempunyai 85 rangkaian pusat perkhidmatan yang terdiri daripada Perpustakaan Negeri, 7 Perpustakaan Cawangan , 2 Perpustakaan Pekan, 1 Perpustakaan Taman Perumahan, 73 Perpustakaan Desa dan 1 Perkhidmatan Bas Bergerak.   


PERPUSTAKAAN NEGERI

Bangunan Perpustakaan Negeri kini ditempatkan sementara di Bangunan Wisma Umno Jalan Dato’ Sheikh Ahmad, Seremban.Perpustakaan Negeri mula beroperasi di Bangunan Wisma Umno pada 11 Januari 2007 dan dibuka kepada orang ramai pada 2 April 2007. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan terus berkembang di mana pada asalnya PPANS hanya  mempunyai sebanyak  25 rangkaian perkhidmatan dan ianya terus bertambah melalui projek pembinaan Perpustakaan Desa iaitu pada tahun 2005 sebanyak 11 buah perpustakaan, tahun 2006, 46 buah perpustakaan dan tahun 2007 sebanyak 3 buah perpustakaan desa ditubuhkan. Penubuhan Perpustakaan Desa ini     menjadikan jumlah  keseluruhan perkhidmatan PPANS sebanyak 85 buah .















No comments:

Post a Comment

Post a Comment